Wednesday, October 23, 2013

terpesong akidah?

td ada nmpk benda ni kat gb kwn aku. so aku pun try la.

yes. it is true. ada gambar chihuahua. aku mcm the fuck? so? apa masalah kalo ada gambar anjing? anjing je kot. apa yg gamba anjing bole buat akidah terpesong? tu untuk test image je kot.

kena ingat. anjing haram utk org islam bersebab. byk sebab. salah satu sbb kuman & kutu. tp anjing is not haram for org bkn islam.samsung is from korea. majoriti bkn islam.

tolong ingat eh. anjing tu adalah makhluk yg Allah cipta. Allah x pernah melaknat anjing. kalo la anjing bole pesong akidah. da lama org kar malaysia ni murtad. lain la kalo gmbar yg keluar tu gamba anjing pegang alquran ke. org islam cium anjing ke.

adoi.... buka minda skit bole x? aku suka gila siberian husky, german shepherd dgn golden retriever, ada nmpk aku tukar agama ka? aku ada kwn yg muslim tp rajin jd volunteer kat PAWS, dia x sentuh anjing2 tu. dia cuma tolong benda lain. sbb dia sedar anjing pun makhluk Allah. aku x nmpk plak dia p gereja, tokong and kuil. haha. be nice la wei.

p/s: hp aku original. muahahahha

Monday, September 02, 2013

balasan?

aku rasa..
dgn masalah yg aku hadapi skang ni..

mungkin balasan Allah pada aku..
sbb dlu aku pernah kecewakan hajat seorg lelaki...

hajat seorg mak..
hajat seorg mak yg yg sgt kat aku..
yg anggap aku mcm anak dia..

aku kecewakan seluruh famili dia...
aku tarik diri..
aku tolak dia..

aku menyebabkan famili dia dgn famili aku dah x berhubung...
ni mmg balasan Allah utk aku....

Sunday, June 09, 2013

somebody that we used to be

sedih...
kecewa...

kita dah berubah...
aku berubah...
kau berubah...

dulu...
kita matang bersama2...
tapi...

sekarang...
kita matang sambil bawa haluan yg asing...

sbb tu kau rasa aku berubah...
dan...
aku rasa kau berubah...

sedih...

Thursday, June 06, 2013

syukur x kak ton??

td aku dok bg training kt sorg bdk baru.
dia umo dlm 30an.
baru jadi junior engineer.
so, aku as senior, masa tgh ajar dia.
aku tnya "knp u baru nk start keja ni?"
mksd aku. jadi junior engineer masa dah umo camtu.

dia cita la.
dlu husband dia manager.
hidup senang.
dia pun da lama x keja.

sbb korbankan career dia utk jaga anak2.
husband dia mampu kan.

tetiba, husband dia ada problem tempat keja.
benti keja.

skang dia kena keja balik.
kesian, da lama x keja.
skang ni, husband dia x keja,
jaga ank skang.
and ada depression.

moral of the story:
kalo kita keja da rasa susah sgt. ada org lg susah.
syukur je la dgn ape yg ada kak ton.

Friday, May 10, 2013

tired

I'm tired...
I'm fucking tired with you..
Give me a reason why i have to stay?

Enough is enough.

Sunday, December 09, 2012

Imagination

Karangan Budak Darjah 4
Tajuk: kemalangan paling ngeri.

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. 

p/s: aku terjumpa benda ni kat website mana ntah. adoi. sakit perutku!

Wednesday, November 28, 2012

saya bangla???!

aku: hello?

caller: hello.sy bangla.

aku: xkisah la u bangla ke apa. kn dah ckp slah no!

caller: ini no kwn sy angkat, no nana.

aku: brapa kali nk ckp salah no!

caller: knp marah?

aku: *letak fon*

xkn aku marah sbb malaysia seri dgn bangla kot!

Miss Bee